Monday, December 21, 2009
Rehat Daddy hanya dengan Mummy...
Cuti minggu lepas sungguh memberi makna kepada Daddy kerana banyak perkara yang berlaku antara Daddy dan Mummy. Hari pertama balik dari Johor terus ke pejabat Mummy kt KL sbb Daddy dah rindu Mummy sangat-sangat. Sebelum tu, Daddy tak tido 24 jam sebab nk siapkan kerja untuk terus balik KL hari Khamis tu. Perasaan rindu yang amat mendalam tu telah membuat Daddy xrasa penat untuk siapkan kerja dalam masa 24 jam. Bagi Daddy yang penting dapat jumpa Mummy, bersama Mummy memang membahagiakan Daddy. Perasaan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata kecuali hanya dapat dirasai dan dilihat oleh orang lain. Apabila dapat melihat Mummy, Daddy tersenyum..tersenyum...senyuman yang terbit dari hati tulus dan ikhlas. Tetapi, dengan ini jugak perasaan cemburu datang dengan amat keras. Kadang-kadang akan melukakan Mummy...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment