Monday, December 21, 2009

Mummy

Seorang yang cantik, bijak, peramah, baik hati, manja(dengan Daddy jer), pemurah, mempunyai mata coklat yang jernih, nakal dan paling penting adalah sayang Daddy. Mudah mesra dan boleh bertolak ansur adalah sifat semulajadi Mummy yang menjadikan Mummy seorang yang disenangi dalam hidupnya dan tak kurang juga yang merasa kurang senang terutama kaum hawa yang agak terasa apabila Mummy menjadi tarikan dikalangan lelaki. Mata Mummy yang jernih membuatkan Daddy terpaku apabila Mummy merenung ke mata Daddy. Gaya Mummy bersahaja membuatkan Daddy terasa kami seperti pasangan remaja yang sedang bercinta. Minat Mummy pada anugerah ilahi dapat dilihat dan dirasa, kerana mummy amat suka pada ciptaanNya. Tutur kata Mummy sangat tersusun dan Mummy begitu jaga adab dan protokol apabila bersama dengan keluarga. Mummy..Daddy sayang Mummy..

No comments:

Post a Comment